Dasar | Objektif | Manual Kualiti | Prosedur Kualiti Pengurusan | Prosedur Kualiti Operasi
LAPORAN AKTIVITI 2009

DISEMBER 2009

NOVEMBER 2009

OKTOBER 2009

SEPTEMBER 2009

OGOS 2009

JULAI 2009

JUN 2009

MEI 2009

APRIL 2009

MAC 2009

FEBRUARI 2009

JANUARI 2009

Laporan Aktiviti 2008
Nama Aktiviti:LAPORAN SESI PEMBENTANGAN PROJEK KIK UITM TERENGGANU 2009

Tarikh : 9 September 2009 (Rabu)

Masa : 9.00 pagi - 12.00 tghari

Tempat : Oditorium Cemara

 

Panel Penilai Jemputan:

1. Puan Hjh Azmi Aminuddin

2. En Md Noh Ab Majid

 

Kumpulan-kumpulan yang Membentang:

Bahagian/Unit: Nama Kumpulan:

1) Bahagian Pentadbiran, Pejabat Pendaftar Kumpulan G6

2) Bahagian Perpustakaan Kumpulan Wau

3) Unit Keselamatan Kumpulan Triple X Change

4) Unit Sistem Maklumat Bersepadu (USMB) Kumpulan Ilhamku

5) Pejabat Bendahari Kumpulan Ringgit Q

6) Bahagian Pengurusan & Fasiliti Kumpulan Kick Start

 

Butiran Sesi:

Sesi dimulakan dengan pengenalan kumpulan dan syarat-syarat pembentangan yang dibuat oleh Penyelaras KIK. Sesi pembentangan dimulakan dengan pembentangan oleh Bahagian Pentadbiran, Pejabat Pendaftar dan diikuti oleh kumpulan-kumpulan lain iaitu Bahagian Perpustakaan, Unit Keselamatan, Unit Sistem Maklumat Bersepadu, Pejabat Bendahari dan Bahagian Pengurusan & Fasiliti. Selepas setiap pembentangan, sesi soal jawab dibuka selama 10 minit. Komen dan cadangan panel penilai diambil kira untuk langkah pembetulan dan penambahbaikan rekabentuk, pengisian dan persembahan projek KIK yang dibentangkan.

 

Sesi ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana setiap kumpulan yang membentang telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk membentangkan hasil projek KIK masing-masing. Walaupun tidak semua projek KIK yang dibentangkan telah siap sepenuhnya, namun kesemua kumpulan ini telah diberikan ruang dan masa untuk memperbetulkan dan memantapkan lagi penghasilan projek KIK mereka agar berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi. Keputusan pembentangan projek KIK akan dimaklumkan kepada semua kumpulan pada 30 September 2009.

 

Sesi pembentangan ini adalah persediaan awal bagi menghadapi Konvensyen KIK UiTM 2009 di UiTM Malaysia pada bulan November kelak. Sesi ini juga diadakan bagi menggantikan Mini Konvensyen UiTM Terengganu yang tidak dapat dijalankan kerana kesuntukan masa serta jadual perancangan yang berubah disebabkan oleh cuti semester yang diawalkan dan penutupan kampus akibat wabak H1N1.

Disediakan oleh:

 

Mohd Onn Rashdi Abd Patah

Penyelaras KIK

 

 
Unit Kualiti UiTM Terengganu. Hak cipta terpelihara © 2008. Paparan Terbaik 1024 X 768